Eriksen sudah keluar hospital, selamat jalani pembedahan - Utusan Malaysia

Eriksen sudah keluar hospital, selamat jalani pembedahan

CHRISTIAN ERIKSEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Christian Eriksen dibenarkan keluar hospital selepas selamat menjalani pembedahan jantung dengan pemain tengah Denmark itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada dunia bola sepak atas sokongan luar biasa yang diterimanya.

Eriksen, 29, terpaksa diberi bantuan kecemasan (CPR) selepas mengalami serangan jantung pada hujung babak pertama ketika Denmark menentang Finland dalam saingan Euro 2020, Ahad lalu.

Dia kemudian disahkan perlu menjalani pembedahan bagi memasukkan implan untuk menstabilkan denyutan jantungnya dan Persatuan Bolasepak Denmark (DBU) mengesahkan awal pagi tadi bahawa pembedahan di Rigshospitalet berjalan lancar.”Christian Eriksen telah selamat menjalani pembedahan dan dibenarkan keluar dari Rigshospitalet.

“Hari ini, dia juga melawat skuad kebangsaan di Helsingor dan selepas itu akan pulang ke rumahnya untuk bersama keluarga,” kata kenyataan ringkas yang dikeluarkan DBU.

KENYATAAN yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Denmark.

Eriksen menerima banyak kata-kata semangat daripada peminat bola sepak serta rakan-rakan seperjuangan di seluruh dunia susulan insiden di Copenhagen itu.

Malah, pertemuan Denmark menentang Belgium, Rabu lalu turut dihentikan seketika pada minit ke-10 sebagai tanda penghormatan.

“Terima kasih di atas ucapan yang melimpah ruah. Ia amat luar biasa untuk melihat dan merasakannya.

“Pembedahan perjalan lancar dan keadaan saya amat baik sekarang. Gembira dapat berjumpa rakan-rakan pasukan selepas perlawanan hebat yang mereka pamerkan semalam.

“Saya ingin beritahu, saya akan menyokong mereka ketika menentang Rusia, Isnin ini,” katanya.

Selepas tewas dua perlawanan pertama, Dermark perlu menewaskan Rusia dalam perlawanan terakhir Kumpulan B untuk menghidupkan peluang mereka ke pusingan 16 Euro 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.