Vida jamin Seladang tak bertukar 'pink' - Utusan Malaysia

Vida jamin Seladang tak bertukar ‘pink’

VIDA bergambar di depan Stadium Perak, Ipoh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Datuk Seri Hasmiza Othman memberi jaminan tidak akan menukar wajah Stadium Perak kepada warna merah jambu sekiranya menjadi pemilik baharu Bos Gaurus.

Menurut Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Vida, kebimbangan peminat sukan bola sepak tempatan untuk beliau menukar jersi pasukan itu kepada warna sama juga tidak berasas kerana ia tidak akan berlaku.

“Jangan bimbang. Keadaan berubah dan zaman ‘pink-pink‘ pun sudah berlalu, sekarang tidak lagi relevan.

“Banyak benda lain yang kita boleh buat untuk Bos Gaurus, bukan hanya setakat menukar warna stadium dan jersi. Lagipun Stadium Perak memang cantik, buat apa nak tukar,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

VIDA bergambar di depan Stadium Perak, Ipoh.

Ketika menjadi penaja utama Kelantan pada 2016 dan 2017, Vida bertindak menukar Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu kepada warna merah jambu, selain turut memperkenalkan jersi pink untuk pasukan.

Sementara itu kata Vida, pasukan Bos Gaurus sangat dekat di hatinya kerana negeri Perak telah menyaksikan jatuh bangun sepanjang dua dekad ini.

Katanya, sebagai ahli perniagaan yang telah meraih rezeki sehingga bergelar jutawan, beliau mahu memberi sesuatu kepada negeri ini sebagai penghargaan dan tanda terima kasih.

“Di sini tempat saya berniaga selama 18 tahun, jadi saya mahu kembalikan semula (bantuan) kepada rakyat negeri ini melalui sukan bola sepak.

“Saya sayangkan Bos Gaurus, pasukan ini memang dekat di hati,” kata jutawan kosmetik itu.

Sementara itu ditanya apa syarat yang  ditetapkan beliau untuk menjadi pemilik baharu Bos Gaurus, beliau berkata, post-mortem perlu dilakukan bagi mengenal pasti kepincangan dalam pasukan itu.

Menurut Vida, beliau tidak mahu apa yang berlaku semasa menaja pasukan Kelantan berulang..

“Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah post-mortem untuk lihat beban dalam Bos Gaurus termasuk overhead dan maintanance pasukan itu.

“Kita kena kaji dulu betul-betul, saya tengok daripada perspektif perniagaan dan perkembangan bola di negara ini dalam senario sekarang dengan beban yang ditanggung sebelum membuahkan hasil.

“Bersama pasukan Kelantan dulu benar-benar mengajar saya, jadi cukup-cukuplah. Saya mahu pastikan perkara sama tidak berulang lagi jika saya menerajui pasukan Perak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.