fbpx

City pahat sejarah mara ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Dua jaringan Riyad Mahrez membantu Manchester City melayakkan diri ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama selepas menundukkan Paris Saint-Germain (PSG) 2-0 dalam separuh akhir kedua sebentar tadi.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu mara menerusi agregat 4-1 selepas menang 2-1 dalam aksi pertama minggu lalu.

Beraksi tanpa superstar, Kylian Mbappe yang memanaskan bangku simpanan sepanjang perlawanan akibat kecederaan, PSG bergelut untuk menyaingi City.

FERNANDINHO (kanan) memujuk Neymar selepas mengetuai kemaraan City.

Lebih malang lagi, juara Perancis itu terpaksa menutup saingan dengan 10 pemain pada baki 20 minit terakhir selepas Angel Di Maria dibuang padang kerana memijak Fernandinho.

City kini akan menentang pemenang di antara Chelsea atau juara 13 kali, Real Madrid dalam final di Istanbul pada 29 Mei.

Chelsea yang terikat 1-1 dengan Real dalam separuh akhir pertama akan berentap pada aksi timbal balik di Stamford Bridge, London esok.

PSG memulakan perlawanan di Etihad dengan misi memburu dua gol, namun pertahanan ampuh City membuatkan anak-anak buah Mauricio Pochettino sukar menembusi gawang mereka.

RIYAD Mahrez muncul wira Manchester City dengan meledak dua gol.

Selepas kalah 0-1 kepada Bayern Munich dalam final musim lalu, PSG terpaksa menunggu lagi untuk memburu kejuaraan Eropah pertama. – AGENSI

×
×