Smalling diacu senjata depan isteri, anak - Utusan Malaysia

Smalling diacu senjata depan isteri, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertahanan Roma, Chris Smalling berdepan detik cemas apabila diacukan senjata di depan isteri dan anaknya ketika rumahnya dimasuki tiga perompak bertopeng.

Smalling, 31, sedang tidur ketika perompak bersenjata itu menceroboh rumahnya melalui tingkap bilik tidur pemain tersebut dan memaksanya membuka peti keselamatan.

Bekas tonggak England dan Manchester United itu menyerahkan tiga utas jam tangan jenama Rolex, beberapa barang kemas dan wang tunai 300 euro (RM1,482), lapor agensi berita Ansa.

Isteri Smalling, Sam Cooke, 35, kemudian menghubungi polis pada pukul 5 pagi sejurus selepas insiden di kawasan Appia Antica, Rome itu berlaku di depan anak mereka yang berusia dua tahun, Leo.

Roma beraksi pada suku akhir kedua Liga Europa semalam, namun Smalling tidak diturunkan akibat kecederaan buku lalu.

Menurut media tempatan, keluarga muda itu sangat tertekan dengan kejadian tersebut dan pihak polis sedang menjalankan siasatan, termasuk memeriksa rakaman CCTV.

Januari lalu, rumah pemain tengah Juventus, Weston McKennie turut dirompak ketika dia sedang beraksi menentang SPAL dalam saingan Piala Itali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya