IPT lahirkan lebih ramai 'Soloz' - Utusan Malaysia

IPT lahirkan lebih ramai ‘Soloz’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mampu melahirkan pelajar yang berupaya menjana pendapatan mencecah ratusan atau jutaan ringgit menerusi sukan elektronik (e-sukan).

Ia juga nilai tambah kepada penuntut IPT sebagai bidang keusahawanan baharu yang boleh tercetus minat golongan pelajar atau anak muda ketika ini.

Selain mengenepikan persepsi negatif terhadap e-sukan, penuntut IPT boleh menjadikan sukan itu sebagai sumber pendapatan seperti yang dilakukan streamer terkenal, Soloz.

Soloz atau nama sebenarnya Mohd. Faris Zakaria dianggap ikon e-sukan Malaysia kerana mengaut pendapatan lumayan menerusi sukan itu, namun pada waktu sama tidak mengabaikan pelajaran.

“Pelajar IPT juga boleh menjadikan pemain antarabangsa, Kuro Takhasomi sebagai contoh. Dia mampu menjana pendapatan sehingga AS$3.5 juta (RM14.47 juta).

“Selain menguasai Asia Pasifik, dia mengungguli carta dengan menguasai hampir 50 peratus pasaran e-sukan global yang mana dominasi utama adalah China,” kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Menurut Noraini, China turut merancang untuk membina 14 buah fasiliti e-sukan di Hangzhou untuk dijadikan Kota E-sports dengan nilai AS$ 2.2 bilion (RM9.1 bilion) sebelum 2022.

KURO TAKHASOMI

Beliau berucap sewaktu menutup program Malaysia Prihatin: Majlis Penutupan Kejohanan E-Sports Terbuka IPT Johor 2021 di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di Parit Raja, Batu Pahat semalam.

Lebih 500 peserta mengambil bahagian menerusi dua kategori permainan iaitu Mobile Legends dan PUBG dengan menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM14,000.

Pasukan Offwhite dari UTHM muncul juara PUBG Terbuka IPT Johor dan Insurgent muncul juara Terbuka Johor.

Pis Pride dari Politeknik Ibrahim Sultan pula menjuarai kategori Terbuka IPT Johor bagi acara Mobile Legends manakala Lacoste  juara Terbuka Johor.

Juara Terbuka IPT menerima wang tunai RM1,500, manakala juara Terbuka Johor meraih RM2,000.00.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya