Giliran Queenie lepas geram, lebur rekod kebangsaan - Utusan Malaysia

Giliran Queenie lepas geram, lebur rekod kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sehari selepas Grace Wong memecah rekod kebangsaan, giliran Queenie Ting ‘melepas geram’ memadam rekod kebangsaan acara lempar cakera wanita dalam Grand Prix (GP) Malaysia di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.

Atlet kelahiran Sarawak itu, yang juga pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2019 mencatat 48.56 meter, memperbaiki rekod milik Connie Choo iaitu 47.91m yang dilakukan pada 2017.

“Jantung saya seperti ‘roller coaster’ masa tunggu keputusan. Debarannya lain macam. Saya rasa segalanya berbaloi. Saya memang berikan terbaik pada balingan terakhir itu.

“Keputusan ini sangat penting untuk saya dan jurulatih untuk merancang perjalanan masa hadapan,” katanya.

Queenie menggondol emas, manakala Connie berpuas hati dengan perak selepas membuat lemparan 45.53m, manakala Yap Jen Tzan gangsa (44.82m).

Semalam, atlet baling tukul besi wanita negara, Grace memecah rekod kebangsaan dengan balingan 62.48m, memadam rekod miliknya sendiri 60.99m yang dilakukan di Mokpo, Korea Selatan pada 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya