Covid-19 tak 'takutkan' gergasi badminton dunia - Utusan Malaysia

Covid-19 tak ‘takutkan’ gergasi badminton dunia

KENTO MOMOTA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jangkitan Covid-19 yang menimpa 15 pemain badminton negara tidak ‘menakutkan’ pemain luar yang bakal menyertai Terbuka Malaysia bulan depan.

Gergasi dunia seperti China dan Korea Selatan sebaliknya sudah mengesahkan penyertaan pada kejohanan yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dari 25 hingga 30 Mei ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga yakin, negara lain yang masih dalam proses mengesahkan kehadiran tidak akan menarik diri hanya disebabkan bimbang terhadap penularan Covid-19 yang menyerang kem badminton negara minggu lalu.

“Perkara itu tiada kena mengena dengan penganjuran Terbuka Malaysia sebab pemain yang positif Covid-19 tidak sama dengan pemain yang akan bermain di sana.

“Antara negara yang sudah mengesahkan penyertaan ialah China dan Korea Selatan, mereka akan hantar skuad penuh pada kejohanan ini dan ada beberapa negara lain,” kata Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria kepada Utusan Malaysia semalam.

Difahamkan, Jepun dan Indonesia juga akan menyertai kejohanan bernilai AS$600,000 (RM2.45 juta) itu, manakala India tidak hadir kerana peningkatan kes Covid-19 di negara mereka.

Akademi Badminton Malaysia (ABM) mencatat kes pertama Covid-19 pada 17 April lalu apabila enam pemain disahkan positif dipercayai berpunca dari jangkitan yang dibawa seorang atlet yang bertemu rakannya di luar.

Empat hari kemudian, lapan lagi kes dikesan melibatkan pemain pelapis sebelum satu kes baharu dicatatkan, Ahad lalu. BAM percaya, kes berpunca dari jangkitan pertama.

Menurut Mohamad Norza, Terbuka Malaysia yang berstatus Super 750 akan dianjur mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak kerajaan,

Situasi kem badminton negara juga dalam keadaan terkawal selepas Kementerian Kesihatan memberi kebenaran kepada BAM meneruskan sesi latihan seperti biasa.

Bagaimanapun beliau tidak dapat mengesahkan sama ada kehadiran penonton ke stadium dibenarkan kerana permohonan masih dalam penilaian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya