United 'sakit' sebelum ke suku akhir - Utusan Malaysia

United ‘sakit’ sebelum ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer mengingatkan pemain Manchester United agar lebih tajam selepas mempersiakan banyak peluang ketika berhempas pulas menumpaskan West Ham 1-0 untuk mara ke suku akhir Piala FA pagi tadi.

United beraksi di bawah keupayaan sebenar pada pusingan kelima yang sukar dalam keadaan cuaca sejuk dan bersalji di Old Trafford.

Penyudah cantik Scott McTominay, tujuh minit memasuki masa tambahan memastikan United mara ke peringkat lapan terakhir buat musim ketujuh berturut-turut.

Ia adalah gol ketiga McTominay dalam tiga perlawanan, sekali gus menghidupkan harapan pasukan itu menjulang trofi buat kali ke-13.

Kali terakhir United menjuarai Piala FA pada 2016.

“Apabila keputusan hanya 1-0 dan kami mempersiakan banyak peluang, sapa saja boleh berlaku. Kami belajar dari perlawanan sebelumnya.

“Saya rasa kami mempunyai 15 hingga 17 peluang tetapi kami perlu lebih tajam. Kami sepatutnya memastikan kemenangan lebih awal.

“Kami perlukan keputusan yang baik dan perasaan yang bagus selepas hari ini kerana kami kurang bersemangat selepas perlawanan dengan Everton (seri 3-3 dalam Liga Perdana).

“Kami mahu memberikan cabaran dan mara ke final. Itu sebab mengapa kami ada di Man United,” kata Solskjaer. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya