Kapten Real Madrid, Sepanyol kian hampir ke Old Trafford - Utusan Malaysia

Kapten Real Madrid, Sepanyol kian hampir ke Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sergio Ramos menolak tawaran Real Madrid untuk menyambung kontrak dan ejennya akan ke England dalam masa terdekat bagi menandatangani perjanjian lumayan dengan Manchester United.

Ramos, 34, akan tamat kontrak hujung musim ini dan bebas menyertai pasukan lain secara percuma.

Real cuba mengekalkan kapten mereka  dengan menawarkan penyambungan kontrak dua tahun tapi dengan pengurangan 10 peratus bayaran.

Bagaimanapun menurut portal Todofijaches, pemain Sepanyol itu menolak tawaran terbaharu dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke Liga Perdana Inggeris.

Ramos mempunyai dua pilihan sama ada menyertai Paris Saint-Germain (PSG) di Perancis atau United.

Begitupun menurut laporan, United lebih dulu mengorak langkah untuk mendapatkan kapten Sepanyol itu.

Menurut Todofijaches, ejen Ramos, Rene Ramos akan terbang ke England minggu depan bagi melengkapkan perjanjian dua tahun di Old Trafford.

Menurut laporan itu lagi, dia dijangka menikmati gaji 200,000 pound (RM1.2 juta) seminggu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya