Delegasi Ziarah Mahabbah 2024 ke Phang Nga dan Phuket - Utusan Malaysia

Delegasi Ziarah Mahabbah 2024 ke Phang Nga dan Phuket

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyerahkan mok cek sumbangan bernilai RM3,000 kepada Masjid Adnan, Trang, Thailand sewaktu Peogram Ziarah Mahabbah 2024. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRANG, THAILAND: Delegasi Program Ziarah Mahabbah 2024 edisi ke-9 diketuai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada kali ini menjelajah ke Wilayah Phang Nga dan Phuket, Thailand bermula hari ini sehingga Ahad.

Turut berangkat pada program berkenaan adalah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Selain itu, program tahunan itu turut melibatkan pembabitan daripada Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak Sivil Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Pada kali ini, terdapat kolaborasi strategik antara Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur, Kolej Universiti Islam Perlis (KUlPs), Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Phang Nga & Phuket, Thailand.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor berkata, pelaksanaan program itu pada kali ini adalah bagi melestarikan falsafah Ummatan Wahidah melalui perkongsian pintar dalam pelbagai bidang membabitkan kemajuan agama Islam, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan demi manfaat umat Islam.

“Pelaksanaan ini juga sejajar dengan falsafah Pertumbuhan Segitiga Indonesia – Malaysia – Thailand (Indonesia – Malaysia -Thailand Growth Triangle (IMT-GT),” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Nazim berkata, beberapa pengisian aktiviti dan program telah dirancang sempena Program Ziarah Mahabbah pada kali ini antaranya melibatkan kunjungan hormat dan lawatan silaturahim ke pejabat HE Gabenor dan Datuk Bandar Wilayah Phang Nga, Thailand.

Selain itu, beliau berkata, terdapat juga Majlis Menghadap Raja Muda Perlis bersama wakil enam Wilayah Andaman secara bersama menerusi program berkenaan.

“Sesi libat Urus Pengurusan Perkahwinan juga turut dirancang melibatkan Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak Sivil MAIPs dan enam Majlis Agama Islam Wilayah Andaman,” katanya.

Dalam program berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan bagi menyampaikan Sumbangan Aktiviti Dakwah dan Kemayarakatan buat kariah Masjid Adnan, Trang.

Menerusi penyerahan itu, masjid berkenaan menerima sumbangan bernilai RM3,000 yang disampaikan sendiri oleh Tuanku Syed Faizuddin dengan disaksikan oleh Gabenor Wilayah Trang, Songkort Sawangwong dan Pengerusi Jawatankuasa Islam Wilayah Trang, Amad Kordem. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya