Terima kasih Mourinho hormat kami - Utusan Malaysia

Terima kasih Mourinho hormat kami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CROSBY, England: Biarpun pasukannya dibelasah 0-5, namun pengendali Marine, Neil Young berterima kasih kepada Jose Mourinho kerana membariskan pasukan terkuat Tottenham pada pusingan ketiga Piala FA hari ini.

Beraksi dalam divisyen lapan,  Marine dipisahkan dengan 168 tangga daripada Tottenham, jurang terbesar dalam tempoh 150 tahun Piala FA.

Tiada peminat dibenarkan masuk kerana sekatan Covid-19, namun ramai menonton perlawanan di Rossett Park yang mempunyai kapasiti 3,185.

“Saya perlu memuji Jose Mourinho dan pasukannya kerana menunjukkan rasa hormat kepada kami.

“Pada akhirnya kami ketawa kepada pemain yang masuk dari bangku simpanan. Saya tidak boleh minta lebih daripada mereka.

“Anda bermain menentang pasukan kelas dunia. Saya bangga dengan apa yang kami capai,” kata Young.

Tanpa kapten England, Harry Kane, Spurs masih menurunkan skuad terbaik dengan Son Heung-min dan Gareth Bale bermula dari bangku simpanan.

Dele Alli, Toby Alderweireld dan Lucas Moura, serta pengganti Kane Vinicius membarisi kesebelasan utama Spurs. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya