MU janji tak ‘sangkut’ lagi - Utusan Malaysia

MU janji tak ‘sangkut’ lagi

PEMAIN Melaka United menjalani latihan baru-baru ini dalam persiapan menghadapi Liga Malaysia 2021 yang sepatutnya bermula bulan depan. – IHSAN Melaka United Football Club
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas ‘lulus’ untuk beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) 2021, Melaka United (MU) berharap mereka tidak akan lagi dibayangi isu tunggakan gaji atau apa sahaja bayaran selepas ini.

Kelmarin, Persatuan Bola­sepak Malaysia (FAM) menerusi First Instance Body (FIB) Pe­lesenan Kelab mengesahkan, Melaka antara enam pasukan diberi kebenaran bertanding dalam saingan tempatan.

Selain Melaka, Pahang turut diberi lesen tetap bersama empat kelab Liga Perdana, Kelantan FA, Sarawak United FC, Pulau Pinang FA dan Kuching FA, namun lesen UKM FC ditarik balik.

Begitupun, Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) masih mempunyai tunggakan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM276,169.75 tetapi berjaya mendapat perjanjian bersama untuk pembayaran berjadual.

MOHD. SAIFUL MAT SAPRI

“Setakat ini pembayaran seperti biasa, tiada masalah dan jumlah dibayar mengikut persetujuan bersama.

“Bagi mengelak perkara ini terus membelenggu pasukan pada masa akan datang kita akan berbelanja ikut kemampuan seperti yang sering ditekankan Presiden MUSA (Datuk Seri Sulaiman Md Ali).

“Saya akan pantau setiap sen keluar dan masuk, termasuk jumlah yang dibelanja supaya tidak berlaku pembaziran.

“Dengan Covid-19 dan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kita lihat perniagaan tidak boleh dijalankan, bertemu penaja pun terbatas, apa-apa urusan susah nak urus.

“Di situ kita lihat penekanan dari aspek pengurusan sangat penting,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United Football Club (MUFC), Datuk Mohd. Saiful Mat Sapri kepada Mingguan Malaysia
semalam.

Sementara itu, Pengerusi FIB Pelesenan Kelab FAM, Sheikh Mohd. Nasir Sheikh Mohd. Sharif menjelaskan tempoh penyerahan dokumen dilanjutkan selepas mengambil kira kea­daan semasa negara yang
dilanda pandemik Covid-19.

“Selepas mengambil kira ­situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di hampir semua negeri sebelum ini, pasukan terlibat diberi lanjutan tarikh akhir ke 31 Disember 2020.

“Akibat kekangan untuk mendapatkan dokumen pihak ketiga bagi memenuhi syarat, sekali gus tidak disifatkan sebagai melanggar syarat yang ditetapkan itu,” katanya dalam satu kenyataan FAM, kelmarin.

Bagaimanapun, lesen yang diperoleh semua enam pasukan itu hanya tidak melibatkan lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya