Hatrik Abraham selamatkan Chelsea - Utusan Malaysia

Hatrik Abraham selamatkan Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jaringan hatrik Tammy Abraham membantu Chelsea menumpaskan Luton Town 3-1 pada pusingan keempat Piala FA hari ini, sekali gus mengurangkan tekanan Frank Lampard.

Chelsea yang menjuarai Piala FA 2018 dan kalah kepada Arsenal dalam final musim lalu kini akan menentang Burnley pada pusingan kelima.

Lampard yang membimbing Chelsea pada musim kedua berdepan desakan dipecat ekoran aksi hambar dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kekalahan kepada pasukan Liga Kejuaraan dalam Piala FA pastinya akan meningkatkan lagi tekanan Lampard, namun aksi baik Blues hari ini cukup melegakan.

Abraham menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama sebelum Jordan Clark merapatkan jurang untuk Luton.

Luton memberi tekanan selepas itu, namun Abraham mengesahkan kemenangan selesa Chelsea untuk bertemu Barnsley di pusingan seterusnya.

Bintang tengah Chelsea, Timo Werner bagaimanapun mengharung detik yang mengecewakan apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti pada lewat permainan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya