Baru 'sedap' jumpa Liverpool - Utusan Malaysia

Baru ‘sedap’ jumpa Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BURNLEY: Gembira dengan prestasi pasukannya ketika menumpaskan Burnley 1-0, Ole Gunnar Solskjaer berkata, Manchester United amat bersedia untuk berdepan juara bertahan, Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Ahad ini.

Red Devils menguasai permainan, namun terpaksa menunggu sehingga minit ke-71 untuk meledak gol kemenangan menerusi Paul Pogba, sekali gus merampas takhta liga dengan tiga mata mengatasi Liverpool.

“Apabila anda meraih tiga mata dalam perlawanan Liga Perdana, ia membuatkan anda tersenyum.

“Kami kini berada pada kedudukan yang cemerlang.

“Kami akan menentang juara bertahan. Mereka mengharungi tiga musim setengah yang menakjubkan dan kami sedar ia pasti perlawanan sukar tapi kami sudah bersedia sepenuhnya.

“Ini waktu paling tepat untuk menentang Liverpool kerana kami berada di kedudukan terbaik, dahagakan kejayaan dan barisan pemain mahu memburu keputusan hebat,” kata Solskjaer kepada Sky Sports.

BERDEPAN Liverpool hujung minggu ini bakal menjadi ujian terbesar buat Manchester United.

Beberapa bulan lalu, kedudukan Solskjaer sebagai pengurus terancam selepas United tersingkir dari Liga Juara-Juara, selain mempamer aksi hambar.

Begitupun sejak beberapa minggu lalu, Pogba menjadi watak penting dalam usaha Red Devils mencabar kejuaraan liga  pertama sejak mengecapi kejayaan itu di bawah bimbingan Alex Ferguson pada 2013.

Pogba, 27, yang membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 2018 mendominasi bahagian tengah di Turf Moor dan meledak gol kemenangan minit ke-71.

PAUL Pogba mempamer prestasi baik sejak akhir-akhir ini biarpun dikaitkan dengan perpindahan dari Old Trafford.

“Kami kena kekal bertenang. Saya tahu pemain sangat beremosi ketika ini, namun tugas kami adalah fokus kepada perkara yang berada dalam kawalan sendiri.

“Saya sering berkata Pogba penting untuk kami. Dia memiliki karakter yang baik dalam bilik persalinan kerana dia seorang juara dunia.

“Kita dapat saksikan prestasi terbaik Pogba ketika ini. Dia mempamer aksi semakin baik pada setiap perlawanan,” kata Solskjaer. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya