Kes dua maut kena renjatan elektrik tidak libatkan pepasangan TNB

Kes dua maut kena renjatan elektrik tidak libatkan pepasangan TNB

ORANG ramai melihat lokasi kejadian renjatan elektrik yang menyebabkan dua wanita maut di Pantai Air Tawar, Besut, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT:  Kejadian renjatan elektrik di Pantai Air Tawar di sini, semalam yang meragut nyawa dua wanita  tidak melibatkan pepasangan milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

TNB dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum mengenai kejadian itu  dan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selanjutnya. 

TNB turut menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada keluarga dua mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Rozaime Ab. Rahim ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, hasil bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa iaitu Wan Adilah Wan Awang, 49, dan Rubayyi Razak, 27, mendapati, punca kematian adalah akibat renjatan elektrik. 

“Bagaimanapun punca sebenar kebocoran elektrik tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa bersama TNB.  Saya menyeru kepada semua pengusaha kolam ikan agar sentiasa memeriksa dan membuat penyelenggaraan pendawaian secara berkala bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya. 

Menurut beliau, kejadian maut akibat renjatan elektrik adalah yang pertama direkodkan di daerah ini pada tahun ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.40 petang semalam, Wan Adilah dan Rubayyi yang masing-masing  pemilik kolam ikan terbabit serta pelajar praktikal di situ maut akibat terkena renjatan elektrik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×