Ebit Lew sebak ziarah Syafiq - Utusan Malaysia

Ebit Lew sebak ziarah Syafiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendakwah, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ustaz Ebit Lew tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi bintang bola sepak kebangsaan, Muhamad Syafiq Ahmad di Pendang, Kedah semalam.

Menurut Ebit Lew, isteri Syafiq, Nur Amalina Nur Ain belum boleh bangun selepas terlibat dalam kemalangan pada 6 Disember lalu.

Kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap itu mengorbankan anak Syafiq yang baru berusia 22 hari, selain ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

EBIT Lew menitipkan doa dan nasihat buat Syafiq Ahmad serta isterinya. – IHSAN FACEBOOK EBIT LEW

“Sebak sayu ziarah Syafiq Ahmad, Amalina dan keluarga di Kedah. Jarang saya menangis. Tadi tak dapat tahan menangis. Kehilangan ibu dan anak serta bibik asbab kemalangan jalan raya.

“Amalina masih belum boleh bangun. Tadi bercerita ujian kerana kasih sayang Allah. Allah sayang. Insya-Allah anak menanti dalam syurga.

“Buat ibu yang baik insya-Allah semoga Allah ampunkan dosa beliau dan hadiahkan syurga Firdaus. Allah nak beri mereka berehat dan nanti dapat kembali bersama dalam syurga. Sabar ialah amalan yang teramat besar di sisi Allah,” tulis Ebit Lew dalam Facebook.

Menurut Ebit Lew, beliau juga menitipkan doa dan nasihat kepada Syafiq sekeluarga untuk menghadapi ujian berat itu.

“Sayu sebak dengar soalan Syafiq dan Amalina. Bagaimana nak bantu mak masuk syurga. Nak hadiahkan amalan buat arwah mak. Banyak soalan dan luahan hati mereka.

“Baik sangat keluarga ini. Melihat air mata mereka sepanjang luahan dan berbual tadi. Hati saya jadi sebak sangat. Sempat juga berbual dengan Abang Aen, ayah Amalina. Merindui arwah isterinya.

“Ya Allah berilah kekuatan buat keluarga ini. Rahmati mereka. Bantu mereka melalui semua ini. Ya Allah,ampunilah arwah ibunya hadiahkan syurga FirdausMu,” katanya.

Syafiq, 25, masih diberi rehat oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) sehingga keadaannya benar-benar pulih serta bersedia, terutama secara emosi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya