Bung Moktar pemangku Presiden SAFA - Utusan Malaysia

Bung Moktar pemangku Presiden SAFA

Bung Moktar Radin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dilantik sebagai pemangku Presidenb Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), umum badan bola sepak itu hari ini.

Timbalan Presiden SAFA, Datuk Abdul Rahman Zakaria yang sebelum ini memangku jawatan berkenaan berkata, pelantikan Bung Moktar juga mendapat persetujuan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Beliau mengumumkan perkembangan terbaru kepemimpinan SAFA itu selepas mesyuarat tergempar Ahli Majlis Tertinggi (AMT) SAFA, di sini, hari ini.

“Kami sebulat suara memberi kepercayaan kepada Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah untuk memimpin badan bola sepak ini, dan beliau juga sudah menyatakan persetujuan dengan pelantikan itu,” katanya dalam sidang akhbar khas di Kota Kinabalu hari ini.

Jawatan Presiden SAFA sebelum ini kosong berikutan peletakan jawatan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony yang mengambil alih kepemimpinan SAFA pada 2018.

Abdul Rahman berkata, mereka yakin Ahli Parlimen Kinabatangan itu adalah individu paling layak dan sesuai untuk memimpin SAFA sehingga mesyuarat agung pemilihan pada awal 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya