TSG cari penaja baharu - Utusan Malaysia

TSG cari penaja baharu

PASUKAN TSG sedang berusaha mencari penaja baharu bagi mengharungi kalendar perlumbaan 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu Inc. Cycling Team (TSG) bakal melakukan penjenamaan semula dalam mengharungi kalendar perlumbaan tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Che Ku Mohd. Izmuddin Che Ku Mahmood berkata, perkembangan itu susulan anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.) tidak lagi bergelar penaja utama sekali gus menyaksikan pengurangan tajaan RM3 juta yang disumbang sejak 2018.

Katanya, beberapa syarikat konglomerat sudah mula dirisik untuk menjalin usahasama baharu.

“Akibat ketidaktentuan ekonomi, beberapa pihak penaja terpaksa menarik diri dan keadaan ini amat memberi kesan kerana kita sangat bergantung kepada penaja.

“Namun kita akur dengan keputusan tidak meneruskan tajaan dalam suasana Covid-19 ini setelah mereka membuat penilaian risiko,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Menurut Che Ku Mohd. Izmuddin, untuk menjadi pasukan bertaraf dunia bukan perkara mudah kerana bagi membiayai yuran pendaftaran kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) sahaja membabitkan kos bernilai RM350,000.

Dalam pada itu, katanya, ketika ini banyak pasukan yang terpaksa gulung tikar hingga menyebabkan lambakan pelumba di serata dunia dengan TSG turut menerima lebih 50 permohonan untuk mewakili pasukan itu.

“Ramai yang mahu menyertai TSG antaranya bekas-bekas juara kebangsaan dan pelumba ternama daripada pasukan Pro Dunia.

“Namun kita perlu meneliti dahulu kerana TSG sendiri perlu menilai situasi ekonomi yang mencabar tahun depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.