fbpx

Selangor ‘memburu’ di Eropah

Karsten Neitzel mahu membentuk kombinasi terbaik Selangor yang terdiri daripada pemain bintang, import dan bakat muda untuk mencabar kejuaraan musim depan. – IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jerman, Austria dan Switzerland menjadi sasaran utama Selangor untuk mencari pemain import bagi menguatkan pasukan menghadapi Liga Malaysia (Liga M) 2021.

Dua slot pemain tengah, satu pertahanan dan seorang pe­nyerang menjadi tumpuan Red Giants bagi diisi tonggak import selepas tidak menyambung kontrak Sandro da Silva, Rufino Sergovia serta ketua pasukan, Taylor Regan.

Pemain dari ketiga-tiga negara Eropah tersebut menjadi pilihan Selangor kerana kebanyakan mereka mampu bertutur dalam bahasa Jerman, dan Red Giants bakal menampilkan jurulatih baharu dari negara tersebut, Karsten Neitzel musim depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, perbincangan sedang dijalankan dengan beberapa kelab Eropah dan Asia namun enggan mendedahkan secara terperinci.

Rufino Sergovia

“Saya tidak menafikan perkara ini (mencari import baharu) sebab semua orang tahu pemain import sedia ada akan meninggalkan pasukan, jadi kami perlu mencari pengganti sebelum liga bermula.

“Nak kata kelab besar atau tidak, itu agak subjektif sebab kelab Divisyen Dua Jerman pun ada nama.

“Tidak semesti dari Jerman kerana Austria dan Switzerland ada yang boleh cakap Jerman.

“Fokus kami satu pertahanan tengah, dua pemain tengah dan penyerang. Kami sedang berunding dengan kelab dari Eropah serta Asia.

“Semua dalam fasa akhir perbincangan, belum ada perjanjian lagi setakat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Ifedayo Olusegun dari Nigeria satu-satunya import yang dikekalkan Sela­ngor, malah mereka turut menggugurkan bintang tengah Singapura, Safuwan Baharudin.

Reds Giants mempunyai pe­rancangan besar musim depan dalam misi menamatkan kemarau lima tahun tanpa gelaran apabila bercadang menggan­dingkan dua penjaring terba­nyak Liga Super 2020, Ifedayo dan Shahrel Fikri Md. Fauzi.

POPULAR

KOSMO! TERKINI