Anuar terkenang memori LTdL - Utusan Malaysia

Anuar terkenang memori LTdL

ANUAR Manan (depan) ketika beraksi bersama Terengganu Cycling Team dalam Le Tour de Langkawi 2016.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menang satu peringkat dan merangkul gelaran Raja Pecut pada 2010 merupakan kenangan yang pertama terlintas di fikiran Anuar Manan sebaik sahaja mendengar perkhabaran Le Tour de Langkawi (LTdL) 2021 dibatalkan.

Bekas pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu berkata, LTdL yang disertainya sejak 2007 sudah sebati dalam diri dan menjadi idaman pelumba mahupun penyokong tempatan untuk bersama menghangatkan perlumbaan berprestij di Asia Tenggara itu.

ANUAR MANAN (depan) sewaktu bersama pasukan TSG dalam saingan LTdL 2015.

“Saya mula sertai LTdL pada 2007 sehingga tahun ini. Hanya pada 2019 sahaja saya tidak dapat mengambil bahagian. Saya tak boleh lupa masa 2010 apabila saya menang peringkat di LTdL, dapat jersi hijau (Raja Pecut).

“Perlumbaan ini sangat ditunggu-tunggu di mana orang kita nak tengok pelumba tempatan bersaing dengan peserta luar negara merangkumi pelbagai pasukan bertaraf dunia melibatkan WorldTeam selain Pro Benua, Benua dan kebangsaan.

“LTdL jugalah kita dapat lihat hubungan rapat antara pelumba dengan penyokong. Setiap tahun saya akan tunggu pelumba tempatan mana yang akan menyerlah.

“Selain kenangan manis, kenangan pahit sepanjang 13 kali menyertai LTdL sewaktu kalah dalam perebutan gelaran Raja Pecut, dengan saya menduduki tempat kedua hanya di-sebabkan masalah teknikal basikal,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Nasib LTdL bagi edisi ke-26 itu terjawab semalam selepas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengesahkan ia dibatalkan dan akan dianjurkan semula pada 2022 susulan pandemik Covid-19.

“Ada kebaikan juga ia dibatalkan sebab kita tidak mahu me-nimbulkan risiko kepada semua yang terlibat,” kata pelumba berusia 34 tahun itu yang turut memiliki sebuah kedai basikal bernama re:cyclo terletak di Wangsa Maju.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya