Terengganu FC rai lagenda bola sepak negeri - Utusan Malaysia

Terengganu FC rai lagenda bola sepak negeri

Bekas pemain bola sepak Terengganu bergambar kenangan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di Kuala Nerus, Terengganu hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YOSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Lebih 70 bekas pemain bola sepak negeri diraikan dalam Majlis Jalinan Kasih anjuran Terengganu FC Sdn. Bhd. di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC Sdn. Bhd., Ab. Rasid Jusoh berkata, majlis itu bertujuan mengembalikan nostalgia kejayaan pasukan negeri di samping bertukar-tukqr pandangan dalam memantapkan pentadbiran badan induk tersebut.

Katanya, antara lagenda bola sepak yang hadir adalah dari era 1960-an sehingga skuad 2001 yang menjulang trofi Piala Malaysia diketuai ketua pasukannya, Zulharisam Awang.

“Kita berhasrat mengumpul semua pengalaman mereka dan mengambil aura untuk disuntik kepada pasukan 2020 yang akan menghadapi Piala Malaysia minggu depan.

“Cadangan bekas-bekas pemain turut berguna bagi dijadikan panduan buat Terengganu FC Sdn. Bhd. dalam mengorak langkah menjadi yang terbaik di rantau ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Antara yang hadir dalam majlis itu termasuk bekas pengendali skuad negara, Abdul Rahman Ibrahim, Abdullah Mohamad, Datuk Syed Abu Bakar Abdullah, Badrulhisham Abdullah, Zubir Ibrahim dan Hairuddin Omar. 

Sementara itu, Ab. Rasid berkata, pengurusan Terengganu FC Sdn. Bhd. kini dalam perancangan menjadikan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai tarikan kepada penyokong di negeri ini.

Katanya, usaha itu bagi memastikan Terengganu FC Sdn. Bhd. mampu meraih pendapatan sendiri dengan menjadikan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan gergasi Itali, Juventus sebagai model.

“Kita merancang untuk mewujudkan galeri atau muzium bola sepak di stadium ini untuk tatapan pelawat dan penyokong agar boleh merasai ‘stadium tour’.

“Walaupun kita belum mencapai taraf itu tetapi kita sudah ada pelan tindakan dan akan dilaksanakan sebaik peralihan penswastaan daripada persatuan ke kelab selesai,” katanya 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya