fbpx

1 Disember 2020, 6:42 am

  TERKINI

Saya tidak ‘berhenti senyum’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Masuk sebagai pemain gantian, kemudian meledak hatrik dan membantu Manchester United membelasah RB Leipzig 5-0 detik yang tidak mungkin dilupakan Marcus Rashford.

Kata Rashford dia tidak ‘berhenti senyum’ selepas perlawanan Liga Juara-Juara di Old Trafford pagi tadi.

Pada hari petisyen Rashford meminta makanan percuma di sekolah meraih satu juta tanda tangan, penyerang itu masuk pada minit ke-63 dan meledak gol minit ke-74, 78 dan dua minit memasuki waktu kecederaan.

“Pengurus memberitahu dia mahu saya meningkatkan rentak permainan dan itu bermakna saya perlu menyerang.

“Kami berpeluang menjaringkan gol setiap kali menyerang. Inilah permainan sebenar Manchester United.

“Kami tidak boleh meminta lebih daripada ini. Pemain kami mempamer karakter hebat dan keazaman tinggi,” kata Rashford.

 

Sejurus tamat perlawanan, penyerang berusia 22 tahun itu memuatnaik status di Twitter: “Tidak boleh berhenti tersenyum, saya sudah menanti terlalu lama untuk itu. Hanya berharap penyokong bersama merasainya dengan saya.”

Kemenangan itu membolehkan United mendahului Kumpulan H dengan enam mata maksimum selepas menundukkan Paris Saint-Germain (PSG) 2-1 dalam aksi pembukaan minggu lalu. – AGENSI