Penunggang motosikal maut langgar SUV berhenti di lorong kecemasan

Penunggang motosikal maut langgar SUV berhenti di lorong kecemasan

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar belakang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang berhenti di lorong kecemasan dalam kejadian di Kilometer 235.5, Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan), di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Hussain berkata, kemalangan kira-kira pukul 3.05 petang itu membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y16 ZR ditunggang mangsa dan SUV jenis Toyota Corolla Cross milik sebuah syarikat dipandu seorang lelaki warganegara India berusia 43 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 23 tahun dalam perjalanan dari arah Serdang, Selangor menuju balik ke rumahnya di Melaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila sampai di lokasi, penunggang motosikal telah terlanggar bahagian belakang sebelah kanan SUV yang sedang berhenti di lorong kecemasan untuk makan ubat.

“Akibat daripada kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya hari ini.

Ujar Hasani lagi, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk urusan bedah siasat pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN