Dia tak tunjuk, tapi saya tahu dia menahan sakit - Amyza Aznan - Utusan Malaysia

Dia tak tunjuk, tapi saya tahu dia menahan sakit – Amyza Aznan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pelakon, Amyza Aznan memaklumkan anak keduanya, Adrian Adam kini masih meneruskan rawatan kemoterapi bagi merawat kanser tulang yang dihidapinya.

Katanya, Adrian perlu menempuh beberapa kitaran kemoterapi yang panjang untuk pulih.

“Ada banyak kimoterapi yang perlu dilaluinya, jadi masih jauh lagi ke arah pemulihan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Diharapkan kemoterapi ini membantu mengecilkan ketumbuhan dia dan bagi hilang terus,” katanya selepas konsert akhir Kilauan Emas Selebriti yang berlangsung Ahad lepas.

Amyza memaklumkan dia sedar anaknya itu menahan kesakitan meskipun Adrian tidak menunjukkan perkara itu kepadanya.

“Adrian ini suka simpan sahaja perkara -perkara peribadi, bahkan sebelum dia sakit, dia hanya berkongsi perkara penting sahaja di media sosial.

“Tetapi ada beberapa kita saya melihat dia menangis, mungkin menahan kesakitan.

“Perkara itu saya sedari minggu lepas ketika ingin mengambil kad di rumah, saya nampak dia tutup mukanya dengan bantal untuk menyembunyikan hakikat yang dia menitiskan air mata. Saya tahu menahan sakit,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Amyza berkata Adrian terpaksa melupakan sementara waktu kegiatan nyanyiannya disebabkan kanser yang semakin membesar.

“Dia nak menyanyi, namun ketumbuhan di kaki membataskan pergerakan, jadi dia tidak bersemangat untuk melakukan apa-apa.

“Sepatutnya konsert akhir ini saya berduet dengannya, namun mengenangkan ketumbuhan yang tidak menampakkan tanda pulih, dia menarik diri. Semua ini ketentuan Allah,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN