Hatton rangkul kejuaraan PGA - Utusan Malaysia

Hatton rangkul kejuaraan PGA

TYRRELL Hatton bersama trofi Kejuaraan PGA selepas muncul juara di Kelab Golf Wentworth, Surrey, London semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain England, Tyrrell Hatton memenuhi impiannya selepas muncul juara Kejuaraan PGA di Kelab Golf Wenworth menerusi kelebihan empat pukulan semalam.

Hatton mencatat 67 pukulan dalam aksi terakhir untuk merangkul kejuaraan kelima Jelajah Eropah dengan rekod 19 di bawah par secara keseluruhan menewaskan Victor Perez.

Kemenangan bakal melonjakkan Hatton dalam kelompok 10 terbaik dunia apabila ranking terbaharu Persatuan Golf Profesional (PGA) dikeluarkan hari ini, dua hari sebelum menyambut hari lahir yang ke-29.

“Pencapaian luar biasa. Muncul juara dalam kejohanan ini salah satu daripada sasaran utama saya.

“Agak menyedihkan kerana saya tidak dapat meraikannya bersama peminat tetapi merangkul trofi ini sangat istimewa,” kata Hatton.

Sementara itu, pemain golf negara, Gavin Kyle Green menamatkan saingan dengan berkongsi kedudukan ke-48 bersama lima pemain lain menerusi catatan par, 288 pukulan keseluruhan.

Dalam aksi terakhir, Gavin mencatatkan 76 pukulan empat di atas par selepas melakukan satu double bogey, tujuh bogey, satu eagle dan tiga birdie.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya