Program Podium makin mantap - Utusan Malaysia

Program Podium makin mantap

REEZAL Merican Naina Merican (tengah) bersama Dr. Rahmat Mohamad (kiri) dan Ahmad Faedzal Md Ramli selepas program ISN Inspire 2020 di Bukit Jalil hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Misi atlet negara ke Sukan Olimpik di Tokyo tahun depan semakin jelas selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melakukan beberapa penambahbaikan bagi Program Podium.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kesemua atlet negara itu yang berada di bawah program Road to Tokyo (RTT) juga telah melalui persiapan rapi bagi mengharungi temasya berprestij itu nanti.

“Mengenai Program Podium saya membangkitkan keperluan tertentu apabila berlakunya penangguhan Olimpik 2020. Ketika berdepan wabak Covid-19 dan berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia telah menjejaskan prestasi dan persiapan atlet kita ke Olimpik.

“Ada keperluan untuk kita lihat semula termasuk Program Podium yang telah berlangsung selama 4 tahun ini.
“Alhamdulilah kita melakukan kajian temubual dan hasil tersebut telah dibentangkan kepada saya mengenai program jangka pendek.

“Contohnya, sebilangan atlet memerlukan perhatian yang lebih khusus oleh isn (Institut Sukan Negara) bagi memaksimumkan keupayaan mereka selepas ketiadaan kejohanan-kejohanan antarabangsa,” katanya selepas selesai merasmikan program Intitut Sukan Negara (ISN) Inspire 2020 di Bukit Jalil hari ini.

Pada majlis tersebut, pelbagai program penting dilancarkan seperti Pelan Strategik ISN 2020-2030 yang dijenamakan sebagai V30, hab pengetahuan ‘Perform’, Program ‘Women Can Coach’ di bawah seliaan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan dan Fit Malaysia X.

Turut hadir Pengerusi Lembaga ISN, Professor Datuk Rahmat Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md Ramli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya