Piala Razak hadiah buat jawatankuasa baharu PHP  - Utusan Malaysia

Piala Razak hadiah buat jawatankuasa baharu PHP 

PERAK muncul juara Piala Tun Abdul Razak, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kejayaan pasukan Perak muncul juara kejohanan hoki Piala Razak 2020 disifatkan sebagai hadiah istimewa buat Jawatankuasa baharu Persatuan Hoki Perak (PHP).

“Ini hadiah paling istimewa buat kami,” kata Presiden PHP, Mohd. Sayuti Abdul Samat mengenai kemenangan 4-2 pasukan Perak ke atas Terengganu itu dalam final di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu. 

Mohd. Sayuti yang merupakan bekas penjaga gol hoki negara juga menganggap kejayaan itu sebagai satu lagi kemenangan peribadi selepas dilantik menduduki Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) selepas terpilih menerajui PHP dalam pemilihan Februari lalu. 

“Selepas memenangi jawatan Presiden PHP, saya dilantik oleh Datuk Seri Subahan Kamal untuk menyertai Jawatankuasa Eksekutif MHC. 

“Kini Perak pula muncul juara Piala Razak. Ini kejayaan berganda buat saya, ” katanya. 

Menurut Sayuti, tindakan menggunakan khidmat bekas pemain anak negeri seperti Roslan Jamaluddin dan Azlan Misron sebagai pengendali pasukan nyata membuah ganjaran lumayan. 

Beliau berkata, walaupun terdapat bantahan tetapi kedua-dua mereka menutup mulut pengkritik dengan membawa pulang Piala Razak kali ini. 

Katanya, PHP memberi peluang kepada muka baru untuk mengendali pasukan dalam usaha  mengetengahkan bakat mereka. 

“Perak punyai ramai bekas pemain kebangsaan yang boleh mencurahkan tenaga dan kepakaran mereka kepada pemain muda.

Saya yakin masa hadapan hoki Perak cerah kerana memiliki ramai pemain muda berbakat. 

“Jika dapat mengembalikan barisan pemain yang ada Perak mampu mendominasi arena hoki negara untuk beberapa tahun lagi,” ujarnya. 

Berikutan kejayaan muncul juara Piala Razak itu, Sayuti bercadang mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk berbincang mengenai ganjaran kepada pasukan. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya