fbpx

23 Oktober 2020, 1:46 pm

  TERKINI

Penalti Ifedayo selamatkan Red Giants

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perdebatan mengenai kemerosotan pretasi Selangor sama ada disebabkan taktikal jurulatih atau pemain gagal memberi aksi terbaik, seakan terjawab malam ini apabila Red Giants diikat 3-3 oleh UiTM FC dalam aksi Liga Super.

Tugas pertama Michael Feichtenbeiner sebagai  jurulatih sementara seolah-olah berjalan baik apabila Selangor  mendahului 2-0 pada babak pertama.

Red Giants memberi tekanan kepada  pertahanan lawan sebaik sahaja wisel sepak mula ditiup.

Usaha Red Giants memburu gol pembukaan berhasil pada minit ke-24 menerusi penyerang import dari Nigeria Ifedayo Olusegun yang memanfatkan umpanan Sandro da Silva.

Ketika aksi babak pertama hampir berakhir, Sandro memastikan pasukannya masuk ke bilik persalinan dalam kedudukan selesa apabila meledak gol kedua Selangor.

 

Kedudukan 2-0 pada babak pertama menunjukkan skuad Merah Kuning mahu bangkit daripada kekalahan 6-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada minggu lalu.

Bagaimanapun, bersambung babak kedua UiTM mempamer kebangkitan luar biasa apabila merapatkan jurang  menerusi  penyerang dari Brazil, Gustavo Almeida dos Santos pada minit ke-48.

Gol itu menyuntik semangat skuad kendalian Frank Bernhardt untuk memburu gol penyamaan dan Gustavo sekali lagi menjadi watak penting buat pasukannya apabila menjaringkan gol kedua buat UiTM pada minit ke-58.

Empat minit kemudian, giliran pemain tengah dari Lebanon, Rabih Ataya meletakan skuad The Lion Troops di depan hasil rembatan dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Red Giants Khairulazhan Khalid buat kali ketiga.

Namun, pemain Selangor tidak mengalah apabila kembali mengatur gerakan untuk memburu gol penyamaan dan usaha mereka akhirnya berjaya selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan selepas bola terkena tangan pertahanan UiTM, Victor Nirennold.

Kesempatan itu dimanfaatkan sebaik Ifedayo untuk menyamakan kedudukan sekali gus membolehkan Selangor meraih satu mata.

BERITA BERKAITAN