fbpx

24 September 2020, 4:58 pm

  TERKINI

Pahang Mammoth buru tiket Piala Juara-Juara

BARISAN pemain Pahang Mammoth diperkenalkan dalam satu majlis di Kuantan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pendatang baharu, Pahang Mammoth mengintai lima kedudukan terbaik Divisyen Premier Liga Sepaktakraw (STL) yang bermula Jumaat ini, sekali gus meraih tiket ke Piala Juara-Juara.

Bagaimanapun sasaran utama pasukan dari Pantai Timur itu adalah menamatkan kempen dalam kelompok lapan teratas bagi membolehkan mereka kekal bersaing di liga utama musim depan.

Pengurus Pahang Mammoth, Ahmad Fitri Ali yakin sasaran itu mampu dicapai dengan barisan pemain berpengalaman, termasuk bekas tonggak kebangsaan yang kini giat menjalani latihan setiap Jumaat hingga Ahad.

“Kami berharap dapat berada dalam kelompok lapan terbaik untuk kekal bersaing di STL musim depan.

“Begitupun Pahang Mammoth tetap memasang impian untuk mencari tiket ke Piala Juara-Juara,” kata Ahmad Fitri selepas majlis memperkenalkan pasukan Pahang Mammoth di sini hari ini.

Pahang Mammoth muncul naib juara Divisyen Satu musim lalu selepas kalah kepada Selangor Pistons.

Ahmad Fitri berkata, walaupun kekangan masa menjadi penghalang menjalani latihan bersama, pemain tetap berlatih bersendirian dan sempat berentap dalam kejohanan Sepaktakraw Terbuka Bukit Goh sebagai gelanggang pemanas badan.

Pahang Mammoth akan berentap dengan sembilan pasukan lain, diketuai juara bertahan, Perak Bison, Kuala Lumpur Thunders, Johor Tigris, Negeri Sembilan Antlers, ATM Guardians, PDRM Defenders, Kelantan Warriors serta Penang Black Panthers.

POPULAR