Negatif tak tentu selamat - Utusan Malaysia

Negatif tak tentu selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sekalipun semua pemain Melaka United disahkan negatif Covid-19 dalam ujian swab pertama, namun ia bukan jaminan mereka dibenarkan beraksi menentang Kedah pada perlawanan Liga Super, Jumaat ini.

Pertama, mereka masih perlu
menunggu ujian swab kedua dan
jika sekalipun keputusan masih
negatif, pemain tetap akan disisihkan andai menunjukkan simptom Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Abdul Ghani Hassan berkata, tindakan tegas perlu diambil dalam usaha mencegah kewujudan kluster Liga Malaysia (Liga M).

 

ABDUL GHANI HASSAN

 

“Ya memang ada kes sebegitu (negatif ujian pertama, namun positif ujian kedua) tetapi apa yang penting setiap pasukan perlu berwaspada.

“Kalau ada di antara mereka alami simptom, saya nasihatkan mereka segera merujuk hospital untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Terdahulu, Ghani mengesahkan aksi Melaka United-Kedah di Stadium Darul Aman dan Johor Darul Ta’zim (JDT)-Sabah (Stadium Sultan Ibrahim) akan berlangsung mengikut jadual Jumaat ini.

Status kedua-dua perlawanan sebelum ini menjadi tanda tanya selepas Melaka dan Sabah yang berentap dalam aksi Liga Super, Ahad lalu perlu menjalani ujian swab serta kuarantin sementara menunggu keputusan.

Kebenaran meneruskan perlawanan bermakna, JDT berpeluang cerah untuk menjulang Liga Super ketujuh berturut-turut di Stadium Sultan Ibrahim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya