fbpx

24 September 2020, 4:06 pm

  TERKINI

Aubameyang setia bersama Gunners

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang memberi berita paling menggembirakan buat penyokong Arsenal apabila memilih untuk kekal bersama kelab London itu.

Bintang penyerang Gabon itu menamatkan spekulasi mengenai masa depannya dengan menandatangani penyambungan kontrak tiga tahun malam tadi.

Perjanjian baharu itu dilaporkan bernilai 250,000 pound (RM1.33 juta) seminggu dengan bonus yang membolehkan dia menikmati lebih 350,000 pound (RM1.86 juta) seminggu.

Kapten Arsenal itu mengatasi rekod pemain termahal kelab yang sebelum ini dipegang Mesut Ozil.

“Buat penyokong Arsenal…seperti yang anda tahu, saya akhirnya menandatangani kontrak baharu,” kata Aubameyang dalam Instagram.

“Pierre-Emerick Aubameyang menandatangani kontrak baharu tiga tahun bersama kami!,” tulis Arsenal dalam media sosial rasmi mereka.


Selepas meledak gol untuk membantu Arsenal mengejutkan Manchester City dalam separuh akhir Piala FA, diikuti menumpaskan Chela di final, Aubameyang berteka-teki mengenai masa depannya di Emirates.

Begitupun hari ini, Lebih 100,000 orang menyaksikan pengumuman rasmi pemain itu yang dibuat secara langsung dalam Instagram Arsenal.

Aubameyang, 31, berazam mengikut jejak pemain terhebat Gunners seperti Thierry Henry, Dennis Bergkamp dan Ian Wright. – AGENSI