Morikawa lakar kejutan juarai PGA AS - Utusan Malaysia

Morikawa lakar kejutan juarai PGA AS

COLLIN Morikawa bersama trofi Kejuaraan PGA AS di TPC Harding Park, San Francisco, California hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO, California: Collin Morikawa bukan lagi bintang dalam pembikinan, sebaliknya dia sudahpun bergelar bintang selepas menjuarai Kejuaraan Persatuan Golf (PGA) Amerika Syarikat (AS) di TPC Harding Park di sini, hari ini.

Morikawa, 23, mencatat enam bawah par 64 pada hari terakhir untuk muncul juara dengan dua pukulan mengatasi Paul Casey dan Dustin Johnson.

Ini adalah gelaran utama pertama buat Morikawa sejak bergelar profesional sepenuhnya tahun lalu, malah dia adalah pemain kesembilan berjaya memenangi Kejuaraan PGA AS hanya pada penampilan sulung.

“Ia sangat menakjubkan, ini adalah sasaran setiap pemain golf.

“Ketika kecil, saya membesar dengan melihat pemain-pemain profesional beraksi dan sentiasa memasang impian untuk menjadi seperti mereka suatu hari nanti.

“Saya sangat selesa beraksi di sini sejak hari pertama. Sebagai pemain amatur, remaja dan hanya bertukar profesional setahun lalu, berjaya memenangi kejuaraan besar di San Francisco memberi perasaan istimewa,” kata Morikawa yang dilahirkan di Los Angeles.

Morikawa menutup saingan dengan melakukan eagle di lubang ke-16 dan bebas daripada sebarang bogey, sekali gus mengumpul 13 bawah par 267 keseluruhan.

Dia juga mencatat empat birdie, termasuk dua di empat lubang pertama tetapi eagle lubang 16 memisahkan dia dengan pencabar lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.