Semangat Marquez tinggi, tubuh kata jangan - Utusan Malaysia

Semangat Marquez tinggi, tubuh kata jangan

MARC Marquez cuba menggerakkan tangan kanannya seblum turun dalam sesi latihan bebas Grand Prix Andalucia, Jerez semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEREZ: Terkenal dengan semangat juang tinggi, juara dunia, Marc Marquez terpaksa menarik diri daripada pada sesi kelayakan semalam, empat hari selepas menjalani pembedahan tangan, sekali gus mengesahkan tidak akan beraksi dalam Grand Prix (GP) Andalusia di Jerez, hari ini.

“Saya faham amat sukar untuk menunggang motosikal dan menamatkan 25 pusingan dalam perlumbaan tapi selepas pembedahan saya lihat ada sedikit peluang untuk beraksi.

“Apabila anda seorang ahli sukan, anda mempunyai semangat dan akan mencuba memberi yang terbaik,” kata Marquez.

Juara MotoGP dunia enam kali itu patah tangan kanan selepas terbabit dalam kemalangan pada n GP Sepanyol di litar sama, hujung minggu lalu menjalani pembedahan pada Selasa lepas.

Khamis lalu, dia diberi lampu hijau untuk berlumpula selepas melakukan pemeriksaan kesihatan, termasuk melakukan senaman tekan tubi 40 kali menggunakan tangannya yang patah.

“Juara tidak boleh hanya duduk di rumah jika dia fikir dia mempunyai pilihan atau peluang tipis untuk berlumba,” kata bos Honda, Alberto Puig.

Pelumba Honda itu tidak beraksi pada sesi latihan bebas kelmarin dan bergelut ketika latihan bebas ketiga semalam sebelum menarik diri pada sesi kelayakan tanpa mencatat masa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya