GEMUK atau mempunyai badan bersaiz besar besar pasti memberi pukulan hebat buat individu yang merasainya. Malah timbul pula rasa rendah diri yang menebal dan kurang keyakinan berdepan dengan orang lain apabila kerap dibanding-bandingkan. Situasi ini pernah dirasai oleh ibu kepada tiga anak, Adawiyah Yaismy A. Wahab, 39. Adawiyah memiliki berat 110 kilogram (kg) pada 2019 sebelum dia memulakan senaman dan mengamalkan pemakanan sihat sehingga turun 33kg dalam tempoh setahun lebih.…










