Melihat kucing tidur hampir sepanjang hari sering membuatkan sesetengah pemilik beranggapan haiwan peliharaan mereka malas atau kurang aktif. Namun, hakikatnya tempoh tidur yang panjang ini merupakan sebahagian daripada tingkah laku semula jadi kucing yang berkait rapat dengan cara hidup serta fisiologi mereka. Pegawai veterinar dari Hospital Veterinar Universiti (UVH), Dr. Nor-Alimah Rahman berkata, kucing merupakan haiwan krepuskul, iaitu spesies yang paling aktif pada waktu senjakala seperti subuh dan senja. Dalam…










