Sudah tujuh tahun Zety Ain Sakinah Mohamad Isqandar memegang peranan sebagai pengurus bengkel, satu tempoh yang bukan singkat untuk membina pengalaman dan ketahanan diri dalam industri ini. Perjalanannya dalam dunia bengkel sebenarnya bukan sesuatu yang dirancang sejak awal. Dia tidak pernah membayangkan dirinya akan terlibat secara langsung dalam bidang automotif. Namun, disebabkan bengkel tersebut merupakan perniagaan keluarga, dia mengambil keputusan untuk meneruskan legasi yang telah dibina. Dari situlah segalanya bermula,…










