Di mata ramai, kehidupannya tampak sempurna. Paras rupa menawan, berpendidikan tinggi, kerjaya stabil dan dikelilingi keluarga yang sentiasa menyokong. Tetapi, di sebalik kesempurnaan itu, tersimpan detik paling gelap dalam hidup Joeyce Hii Suk Ing, 37. Dua tahun lalu, bekas ratu cantik dan usahawan ini disahkan mengalami gangguan tekanan pascatrauma (PTSD) dan keresahan serius. Hari-hari yang dulunya teratur bertukar huru-hara, dek rasa cemas tanpa amaran, gangguan tidur dan tekanan emosi. Ada…










