BUKAN hanya manusia sahaja yang memiliki ‘bantal dan selimut busuk’, tetapi haiwan pun tidak terkecuali. Contohnya, kakaktua peliharaan Aleeya Yasmeen Azhari yang tidak boleh berpisah dengan selimut busuknya. Walaupun sudah berlubang-lubang dan lusuh, namun tetap digemari Toby. “Saya pernah menukarkan selimut baharu untuknya tetapi langsung tidak disukai. “Paling mengejutkan, Toby tidak lena tidur malam itu tanpa selimut busuknya,” katanya baru-baru ini. Bukan itu sahaja, katanya gaya tidur burung tersebut sangat…










