Minatnya terhadap tupai tanah atau prairie dog bermula tanpa sengaja, apabila membantu menjaga haiwan tersebut ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sejak itu, Nuranis Suraya Mohd. Atan, 25, jatuh cinta pada haiwan berkenaan. Apatah lagi dengan kecomelan dan keunikan spesies yang sebelum ini tidak pernah dikenalinya. “Bila tupai tanah peliharaan ibu saudara hilang, lantas mendorong saya untuk membela haiwan sama,” katanya. Sehingga kini, dia sudah memiliki sebanyak enam ekor yang diberi…










