Kesetiaan adalah antara kunci yang membawa hubungan suami isteri bertahan sehingga hujung nyawa. Namun bukan semua yang memilih untuk setia apabila salah seorang jatuh sakit atau hadirnya orang ketiga. Minggu ini saya kongsikan kisah Malek (bukan nama sebenar) yang diuji sakit dan ditinggalkan isteri. Kisah ini dikongsikan oleh adiknya, Rina (bukan nama sebenar) dalam kiriman e-mel baru-baru ini. Wanita ini tidak berniat untuk membuka aib keluarga, tetapi lebih kepada pengajaran…