Bagi sesetengah orang, reptilia ini mungkin nampak sangat menggerunkan, malah mungkin cabut lari jika terserempak. Tetapi tidak bagi Mohd. Hamizan Nawai, 48, yang menjadikan ular sawa batik sepanjang 10 kaki ini sebagai haiwan kesayangannya. Pada awalnya, dia bertemu dengan si batik itu ketika menyertai misi penyelamatan apabila reptilia itu masuk ke rumah jirannya, awal tahun lalu. Tanpa disangka, si batik berwarna kuning dengan corak unik itu berjaya memikat hatinya, lalu…