SEPANJANG minggu ini, kandungan yang melintas di media sosial saya kebanyakannya adalah gambar-gambar potret yang nampak indah, tetapi pelik dalam masa sama. Ada rakan yang tiba-tiba bercuti di kapal mewah, menunggang kuda di padang pasir dan menikmati musim bunga di Belanda. Tidak ketinggalan yang berbulan madu di Switzerland lengkap dengan gambar perkahwinan penuh romantis. Hakikatnya, mereka tidak pernah pun menjejakkan kaki ke destinasi-destinasi itu. Semuanya hasil suntingan aplikasi kecerdasan buatan…