Hamper Duli Mahkota cecah harga RM5,000

Hamper Duli Mahkota cecah harga RM5,000

MUHAMMAD Shohamil Haffiz Salleh menyusun hamper perayaan yang ditempah pelanggan ketika ditemui Mingguan Malaysia di rumahnya di Kampung Undang, Marang, Terengganu. – MINGGUAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Setiap kali menje­lang bulan Ramadan, seorang usa­hawan muda dari Kampung Undang di sini menerima tem­pahan hamper perayaan sehingga mencecah nilai ratusan ribu ringgit.

Muhammad Shohamil Haffiz Salleh, 30, berkata, pakej hamper yang ditawarkan adalah antara harga RM15 hingga RM1,000.

Dia turut menawarkan set hamper paling eksklusif dikena­li sebagai ‘Duli Mahkota’ yang boleh mencecah harga sehingga RM5,000.

“Bagi satu musim perayaan, keseluruhan tempahan boleh mencecah lebih RM200,000.

“Pada peringkat awal, saya lakukan hampir semuanya sen­diri termasuk pembungkusan dan pemasaran dengan dibantu dua pekerja.

“Alhamdulillah, kini jumlah pekerja meningkat kepada 30 orang, kebanyakannya belia tempatan berusia antara 17 tahun hingga 35 tahun,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.

Shohamil berkata, majoriti pelanggannya adalah dari Johor, Melaka dan sekitar pantai timur.

“Kami memberi fokus kepada hamper eksklusif dengan idea dan konsep tersendiri. Walaupun harga bermula serendah RM15, setiap hamper tetap diberi sentuhan premium supaya kelihatan bernilai ujarnya.

Menurutnya, set Duli Mahkota’ lazimnya mengandungi barangan premium seperti minyak wangi jenama antarabangsa, ba­tik Terengganu dan sampin eks­klusif.

“Ia bukan sahaja sesuai untuk Ramadan malah boleh dijadikan hadiah istimewa untuk pelbagai acara,” jelasnya.

Menurutnya, persediaan dila­kukan beberapa bulan sebelum Ramadan meliputi promosi, penyediaan bahan serta tempahan barangan dari dalam dan luar negara bagi memastikan operasi berjalan lancar.

“Persiapan dibuat lebih awal daripada segi stok barangan, pembungkusan dan peranca­ngan konsep supaya semua tem­pahan dapat disiapkan de­ngan sempurna,” ujarnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN