Ragam si arnab pemalu

Ragam si arnab pemalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMELIHARA arnab tidak semudah yang disangka kerana haiwan comel ini sebenarnya sangat pemalu.

Sifat pemalu itu lahir secara semula jadi terutama jika dalam keadaan berwaspada atau terancam.

Misalnya, apabila ia belum biasa dengan persekitaran atau manusia di sekelilingnya.

Siti Nordiana Nordin, 27, berkata, sifat itu masih membelenggu arnabnya, Tiny yang kini berusia enam bulan.

Katanya, si comel itu mudah terkejut dengan bunyi kuat atau gerakan mengejut.

Akibatnya, ia lari bersembunyi hingga sukar dicari.

“Saya mula jaganya ketika berusia dua bulan dan selepas dengar bunyi pintu rumah dihempas angin, ia terus menyorok di belakang kabinet.

“Berkali-kali saya panggil tetapi ia masih tidak mahu keluar,” katanya.

Disebabkan saiz kabinet yang besar dan sukar dialihkan, Siti Nordiana tiada jalan lain untuk ‘menyelamatkan’ Tiny dan hanya menunggu ia keluar sendiri.

Malah, katanya, tubuh Tiny pernah menggigil kerana terkesan dengan suara jeritan atau bunyi bising daripada anak jiran-jirannya.

Selain Tiny, dia turut memiliki dua arnab lain.


Waktu main terhad
Tiny mempunyai jadual yang cukup teratur. Selepas makan, ia dilepaskan dari sangkar untuk sesi bermain selama 30 minit.

Namun, haiwan itu tidak suka bermain atau berlari lebih lama.

Biasanya ia cuma berjalan sedikit sahaja.

“Pernah saya letakkan beberapa patung beruang di sekelilingnya, ia terus berlari masuk ke dalam sangkar.

“Ragamnya itu sekali gus memberi isyarat yang ia masih dalam fasa menyesuaikan diri di rumah saya,” katanya.

 

Duduk diam dalam kereta
Walaupun sensitif dengan persekitaran tetapi Tiny mudah dibawa berjalan jauh.

Setiap kali pulang ke kampung, arnab kecilnya itu diletakkan dalam sangkar dan duduk diam sepanjang perjalanan.

“Dari awal, Tiny hanya berbaring tenang, sesekali menggerakkan hidungnya yang comel akibat sejuk dengan penyaman udara,

“Selebihnya, ia lebih banyak duduk diam seolah-olah memahami sedang dibawa bercuti tanpa banyak ragam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN