DUA minggu lagi negara bakal menyambut Hari Kebangsaan dan kalau masa saya kecil dahulu, merata-rata tempat sudah dipenuhi dengan Jalur Gemilang. Dari bangunan pejabat, pusat beli-belah, kedai makan, kawasan perumahan, sekolah, deretan jalan sehinggalah di kenderaan, bendera Malaysia berkibar penuh megah. Rata-ratanya teruja memiliki dan memasang Jalur Gemilang. Namun, suasana hari ini makin hambar dan jauh berbeza dengan dahulu. Tidak semua premis sanggup mengibarkan bendera. Mungkin ada yang malu atau…










