Dalam dunia yang penuh cabaran bagi ibu bapa anak istimewa, Irin Putri Azmi menemui sinar di sebalik ujian. Beliau membuktikan dengan kasih sayang, kesabaran dan usaha, keistimewaan seorang anak boleh ditukar menjadi kekuatan luar biasa. Siapa sangka, daripada kesedihan seorang ibu yang menerima berita anaknya didiagnosis dengan autisme, kini beliau menjadi inspirasi ramai kerana berjaya mencungkil potensi besar dalam diri anak sulungnya, Raees Aryan Ezmir, 16, sebagai pemuzik muda berbakat.…










