Cabaran Peninsular Safari 2025 kembalikan kegemilangan 4x4

Cabaran Peninsular Safari 2025 kembalikan kegemilangan 4×4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AKTIVITI rekreasi membabitkan kenderaan pacuan empat roda (4×4) agak sepi kebelakangan ini disebabkan kemunculan pelbagai kegiatan riadah terkini yang lebih menarik perhatian.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna aktiviti ini sudah ketandusan peminat dan peserta apabila Persatuan Pacuan Empat Roda Kuala Lumpur (KL4WDA) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) menganjurkan Cabaran 4×4 Peninsular Safari 2025 baru-baru ini.

Acara ini diadakan di Lembah Peladang Agro Park, Sungai Buloh hasil kerja sama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Selangor yang memberi kebenaran menggunakan tapak bagi melaksanakan cabaran-cabaran untuk para peserta yang datang dari seluruh negara.

Salah seorang peserta yang mengambil bahagian menunjukkan kemahiran melepasi cabaran.

Menurut jurucakap penganjur, acara ini adalah platform buat orang ramai khususnya golongan belia untuk berkongsi minat dalam beriadah dengan cara yang lasak tetapi santai sesuai dengan aspirasi golongan itu di negara ini.

Cabaran Peninsular Safari juga menjadi platform untuk memberi kesedaran kepada belia mengenai kepentingan hidup sihat dan cergas melalui pelbagai aktiviti termasuk pacuan empat roda sambil memanfaatkan fasiliti yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Penganjuran acara ini dapat memastikan para peminat sukan lasak mempunyai ruang untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti mereka melalui aktiviti yang diminati.

Selain itu ia turut membantu kerajaan mewujudkan satu lagi bentuk sukan rekreasi yang boleh dijadikan acara tahunan dan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan tempatan.

Zulyaddin Ali (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan JBSN KBS, Abd Aziz Abd Rahman yang merasmikan Peninsular Safari Challenge 2025.

Sementara itu, Timbalan Presiden KL4WDA, Zulyaddin Ali berkata, sebanyak 32 peserta mengambil bahagian iaitu 15 peserta untuk kategori short wheel base dan 17 kategori long wheel base.

Katanya, setiap peserta perlu mengharungi enam cabaran atau SS disediakan dengan enam hadiah utama menanti peserta iaitu masing-masing tiga untuk kategori short wheel base dan long wheel base.

Hadiah keseluruhan katanya, adalah hampir RM30,000 untuk tiga pemenang utama bagi setiap kategori selain pemenang untuk setiap SS.

Untuk setiap SS, para peserta perlu menunjukkan kemahiran mereka mengendalikan kenderaan 4×4 dengan mengharungi rintangan disediakan.

Cabaran yang disediakan ini bertujuan menguji kecekapan, kepakaran, kreativiti dan kesabaran peserta.

Para pemenang setiap cabaran pada Peninsular Safari Challenge 2025 yang diadakan di Lembah Peladang Agro Park, Sungai Buloh baru-baru ini.

Kata Zulyaddin, selain cabaran membabitkan 4×4, Peninsular Safari yang berlangsung selama tiga dari 1 hingga 3 Ogos lalu turut menyediakan acara sampingan.

Ia termasuk pameran jualan barangan 4×4 dan kenderaan diikuti aktiviti perkhemahan, gerai makanan dan minuman serta memancing.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada para penaja, kerana tanpa mereka aktiviti ini tidak akan dapat dilaksanakan.
“Mereka termasuk PPK Kuala Selangor yang membenarkan kami menggunakan tapak di Lembah Agro Park ini.
“Penaja lain adalah PIAA, Hikoki, CST Tire, Bendix dan Airdry,” katanya.

Barisan penaja Cabaran 4×4 Peninsular Safari 2025 baru-baru ini.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN