Buli sering digambarkan sebagai penderitaan yang hanya ditanggung oleh mangsa. Hakikatnya, kesan buli juga boleh menghancurkan masa hadapan pelakunya sendiri. Dalam dunia yang semakin terbuka dengan sejarah silam, rekod hitam seperti membuli boleh menghantui pelaku seumur hidup. Mangsa buli sering mengalami kesan trauma jangka panjang seperti kemurungan, kebimbangan melampau, hilang keyakinan diri dan dalam kes ekstrem, cubaan membunuh diri. Mereka bukan sahaja kehilangan masa hadapan yang cerah, tetapi juga kekuatan…









