Laksa goreng lima minit

Laksa goreng lima minit

Apabila diolah secara goreng, ia masih memberikan rasa yang enak sesuai dengan cita rasa semua peringkat umur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
LAKSA sinonim dengan kuah pekat berasaskan ikan serta lengkap dengan aroma harum bunga kantan dan daun kesum.
Namun, apabila diolah secara goreng, ia masih memberikan rasa yang enak sesuai dengan cita rasa semua peringkat umur.
Hujung minggu ini, jom cuba resipi laksa goreng untuk disajikan buat seisi keluarga di rumah.
Bahan-bahan
1 kilogram laksa basah
1 labu (saiz kecil) bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu makan cili kisar
3 biji telur
300 gram udang (saiz sedang)
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
Kicap cair (secukup rasa)
Sedikit cuka (boleh ditukar kepada 1 sudu makan sos tomato)
Tauge dan daun kucai (secukupnya)
Sedikit minyak untuk menumis
Cara penyediaan
Panaskan kuali. Tuang minyak kemudian tumis bawang putih, bawang besar dan cili kisar hingga naik bau.
Masukkan telur. Kacau hingga hancur. Kemudian, masukkan udang dan kacau rata.
Masukkan laksa dan perisakan dengan sos tiram, kicap pekat, kicap cair serta cuka.
Kacau hingga kesemuanya sebati dan laksa masak.
Akhir sekali, masukkan tauge dan kucai, kacau sekejap.
Sedia untuk dihidang.-UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×