Siapa sangka, kucing bernama Goyem bukan sahaja manja, malah gemar bergaya dengan pakaian tradisional! Menurut pemiliknya, Siti Rohani Abdul Hamid, 44, si comel berwarna jingga ini cukup selesa apabila dipakaikan baju Melayu lengkap dengan tanjak, siap bergaya seolah-olah menghadiri majlis rasmi! “Saya suka pakaikan Goyem baju khas dan menariknya ia langsung tidak merungut. Malah, nampak lebih ceria,” katanya kepada Seri. Kadangkala, sebelum keluar berjalan petang di kampung, Goyem akan ‘dihias’…